......................Luahan Hati miss Liana Buat Semua....................

Aku X tahu berkata Pujangga,
Aku tak pandai menulis Puisi,
Aku hanya ingin meluah Rasa,
Agar hilang resah di Hati…




Andai diri punya banyak kelebihan
Akan kutunai semua keinginan
Andai hati punya banyak kenangan
Akan kupahat agar semua rapi tersimpan .

kami@TJ.A

kami@TJ.A



Let's Do it Together...

Sunday, October 2, 2011

Episod 1:


Episod 2: 



Episod 3:



Episod 4: 




Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

ASAL USUL BAHASA MELAYU...NOTA utk PPISMP

Monday, July 18, 2011

Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan kerana pengkajian terhadap bahasa ini amat rumit dan bukti-bukti langsung tentang istilah Melayu masih belum ditemui. Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana  dikatakan bahasa melayu berasal daripada Asia tengah di bahagian selatan China dan kawasan Nusantara.

Bahasa Melayu melalui pelbagai peringkat dalam perkembangannya bermula daripada bahasa Melayu kuno kepada bahasa melayu klasik hinggalah kepada bahasa Melayu moden yang diguna sehingga ke hari ini. Peringkat perkembangan ini banyak dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah lain.

Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan bagi Negara Malaysia yakni dijadikan sebagai bahasa yang perlu difahami dan diketauhi oleh semua rakyat serta digunakan dalam pentadbiran dan pemerintahan negara. selain itu bahasa Melayu berperanan dalam menyemarak perpaduan antara rakyat, sebagai bahasa ilmu dan menjadi bahasa penghantar dalam pendidikan dan urusan rasmi.

Perkembangan bahasa Melayu dapat dilihat secara jelas dan keadaan ini menunjukkan peningkatan dalam penggunaan dan status bahasa Melayu.  

PENGERTIAN BAHASA MELAYU

Sebelum kita membicarakan siapa itu bangsa Melayu dan apa itu bahasa Melayu, elok kita terlebih dahulu tentukan pengertian Melayu. Konsep Melayu merupakan konsep yang luas dan memerlukan ruang masa yang panjang untuk diungkaikan akibat daripada keluasan dan bilangan penuturnya.
Pada peringkat awal, istilah Melayu dikaitkan dengan kerajaan. Konsep ini diutarakan berdasarkan bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bahawa perkataan Melayu sebenarnya merujuk kepada kawasan atau kerajaan dan bukanlah merujuk kepada sesuatu bangsa tertentu.
Menurut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan “Himalaya” yang telah disingkatkan kepada “Malaya” dan kemudian berkembang menjadi melayu. Perkataan “Himalaya” berasal daripada perkataan hima dan alaya dimana “hima” bererti salji atau salju dan “alaya” bererti tempat. Terdapat juga pengkaji yang menyatakan bahawa perkataan melayu itu berasal daripada perkataan “Malaiyur-pura” berdasarkan bukti yang terpahat pada prasasti Bukit Gombak I di Sumatera Barat. Malaiyurpura bererti kota malaiyur atau kota gunung. Dari situ timbul perkataan malayiur  yang menjadi malaiyu, malayu dan  seterusnya melayu.
Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan secara jelas oleh sejarawan, namun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu dimana  terdapat catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. Orang Mo-lo-yeu dikatakan  mengirimkan utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
Terdapat juga catatan seorang rahib Buddha bernama I’tsing yang menggunakan kata mo-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi. Berdasarkan catatan ini. I’tsing telah mengubah nama mo-lo-yu kepada bhoga dan sribhoga. Dipercayai Bhoga ialah Palembang, iaitu ibu negeri sriwijaya dan Bhoga ialah tanah jajahan takluk sriwijaya, termasuk mo-lo-yu. Menurut catatan I’tsing, terdapat sejenis bahasa iaitu bahasa Kun Lun dituturkan oleh orang tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi di Sriwijaya. Keadaan ini menunjukkan bahawa perkataan melayu sememangnya diambil daripada nama kerajaan dan bukan merujuk kepada sesuatu bangsa pada dasarnya.
Ada juga yang mempercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera, iaitu berdasarkan kepada sebatang sungai yang deras alirannya yang terdapat di situ, iaitu Sungai Melayu. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.
Istilah melayu dvipa telah ditemui dalam sebuah kitab hindu purba, iaitu purana yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500M. dalam kitab tersebut, dijelaskan bahawa Dvipa bermaksud tanah yang dikeliilingi air dan dikatakan Dvipa tersebut mengandungi banyak lombong batu yang berharga. Para pengkaji beranggapan bahawa Malaya dvipa yang dimaksudkan ini adalah pulau sumatera.
Istilah “Melayu” yang merujuk kepada bangsa atau bahasa wujud setelah adanya kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung. Berdasarkan kepada teks-teks yang berhubungan dengan Melaka klasik, istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan yang “berbangsa” dan “berasal” iaitu merujuk kepada keturunan raja-raja melayu dari Sumatera. Bagaimanapun, bermula pada abad ke-17, penggunaan bahasa Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin meluas dan dikatakan pada ketika itu, Melayu merangkumi suku bangsa serumpun di Nusantara. Seorang pengkaji bernama Collin mengusulkan bahawa bangsa Tagalog berasal daripada bangsa Melayu berdasarkan kepada kesamaan dalam bentuk badan, pakaian, adat resam dan kebudayaan.


SALASILAH BAHASA MELAYU

Bahasa seringkali dikaitkan dengan bangsa. Orang melayu dikatakan berasal dari induk Austronesia dan dipercayai induk Austronesia ini menuturkan bahasa Austronesia. Oleh itu, bahasa Austronesia merupakan induk kepada bahasa melayu. Bahasa-bahasa rumpun Austronesia tersebar luas dari farmosa (di utara) hingga ke New Zealand (di selatan) dan dari Madagaskar (di barat) hingga ke Kepulauan Easter (di timur). Bahasa Austronesia yang menjadi induk kepada bahasa melayu melahirkan bahasa-bahasa yang seterusnya yang diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Berdasarkan rajah salasilah bahasa, para pengkaji menentukan perkembangan bahasa berdasarkan faktor usia, dimana konsep bahasa dibahagikan kepada filum, rumpun dan keluarga bahasa.

Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun ialah kelompok bahasa yang berusia sekitar 2500-5000 tahun dan keluarga bermaksud kelompok bahasa yang berusia kurang dari 2500 tahun. Keluarga bahasa ini dipecahkan pula kepada beberapa subkeluarga. Pembahagian rumpun bahasa Austronesia ditunjukkan dalam rajah 1.


                                             Rajah 1: Salasilah bahasa Austronesia
Berdasarkan rajah 1, didapati bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Rumpun bahasa Austronesia termasuklah keluarga Melanesia, Mikronesia, Polinesia dan Nusantara. Nusantara dibahagikan pula kepada beberapa subkeluarga iaitu Sumatera, Filipina, Jawa, Kalimantan dan Bali-sasak. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.


  
HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU
Menurut ahli arkeologi dan ahli linguistik, terdapat dua hipotesis tentang tempat asal bahasa Melayu iaitu:
*      KAWASAN ASIA TENGAH
*      NUSANTARA

BAHASA MELAYU BERASAL DARI  KAWASAN ASIA TENGAH
Dikatakan bahawa orang melayu berasal dari bahagian selatan China tetapi tidak dapat dipastikan di mana tempatnya kerana pelbagai nama digunakan untuk merujuk kepada kawasan tersebut. Ada yang mengatakan di Yunan, Barat daya China, Indo-China, Pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan ada yang mengatakan tempat tersebuat adalah Burma. Antara bukti yang mengukuhkan hujah ini ialah:
*      Terdapat persamaan dari segi kosa kata, fonologi, morfologi, sintaksis: konsep yang berbeza antara “kami” dan “kita”, sistem bilangan, gender dan lain-lain.
*      Persamaan dari segi adat resam dan trait kebudayaan seperti kepercayaan kepada semangat, pertanian, adapt makan sirih dan adat kelahiran bayi.
*      Persamaan dari segi sistem sosial, susunan keluarga, sistem perkahwinan
*      Persamaan dari segi perkakas dan peralatan seperti kapak batu, kapak persegi bujur, pasu, tempayan dan takar.
Perpindahan dari utara (bahagian selatan China) menuju ke selatan melalui pelbagai tujuan. Perpindahan ini berlaku secara berperingkat-peringkat. Terdapat dua perpindahan terbesar yang menurunkan kelompok Melayu.

Perpindahan pertama
Perpindahan pertama berlaku di selatan negeri china, pada kira-kira 3000-2500 tahun sehingga 1500 sebelum masihi. Perpindahan ini dilakukan oleh satu puak yang diberi nama proto-malayas atau Melayu proto. Namun tidak dapat dipastikan mengapa mereka berpindah. Kelompok ini dikenali sebagai orang asli dan masih wujud sehingga ke hari ini. Antara yang masih wujud di Malaysia ialah orang asli Negrito, Senoi, Jakun dan temuan.
Mereka berpindah dari kawasan pergunungan di Barat Daya China melalui beberapa laluan seperti dari hulu sungai-sungai di Myanmar ke selatan dan terus ke pulau-pulau Nicobar dan hujung utara Pulau Sumatera yang sekarang terkenal dengan nama Acheh. Dari situ terus ke selatan dan ke pulau-pulau yang lain di di Asia Tenggara.
Laluan kedua ialah dari hulu sungai di utara Thailand menuju ke selatan  hingga ke Segenting Kra. Dari sana terus ke semenanjung tanah Melayu, sumatera, jawa dan pulau-pulau yang lain.
Laluan ketiga ialah dari hulu-hulu sungai di Vietnam dan Laos ke selatan dan menyeberang ke Kalimantan dan kemudian ke pulau-pulau lain.
Laluan keempat ialah dari farmosa atau Taiwan ke pulau-pulau Filipina dan terus ke selatan dan pulau-pulau lain. Hipotesis tentang perpindahan ini dikemukakan oleh P. Sarasin dan F. Sarasin pada tahun 1892 dan diperkukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. berdasarkan kajian Geldren terhadap beliung bersegi panjang yang ditemui di Sungai Hwang Ho, Sungai Yangtze, Sungai Mekong, Sungai Salween, Sungai Irrawadi dan sungai Brahmaputra, beliau mendapati bentuk dan jenis beliung adalah sama seperti yang ditemui di Nusantara. Oleh itu, beliau membuat kesimpulan bahawa beliung tersebut dibawa dari Asia Tengah ke Nusantara.

Perpindahan kedua
Perpundahan kedua berlaku kira-kira 1500 tahun sebelum masihi hingga 300 selepas masihi. Mereka ini dikenali sebagai Deutero-malays atau Melayu Deutero, iaitu melayu kedua. Tidak dapat dipastikan sebab-sebab perpindahan mereka. Mungkin untuk mencari makan yang lebih mudah, mugkin untuk berpindah ke tanah yang rendah atau mungkin terdesak oleh bangsa lain. Walau apa pun alasannya, melayu deutero telah berpindah ke selatan melalui jalan dan laluan yang pernah dilalui oleh melayu proto. Apabila mereka sampai ke selatan, mereka yang lebih tinggi tamadunnya telah mendesak dan mengasak Melayu Proto ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan gunung atau ke tempat-tempat terpencil. Sedangkan orang Melayu Deutero tinggal di kawasan pamah, tanah rendah, kawasan di pinggir sungai dan di tepi laut seperti orang melayu, aceh, sunda, jawa, bugis, makasar, madura dan Filipina.
Orang Melayu deutero lebih tinggi kebudayaan dan tamadunnya berbanding Melayu Proto, walaupun masih menggunakan batu untuk membuat alatan seperti kapak dan beliung. mereka mahir dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Namun terdapat masalah yang timbul daripada teori ini iaitu yang pertama, sekiranya orang Melayu proto dan Melayu deutero ini baru sampai di kepulauan Asia tenggara pada 2000 hingga 5000 tahun yang lalu, bangsa apakah yang tinggal di kepulauan Asia Tenggara? Kerana mengikut temuan arkeologi dan tinggalan sejarah, terdapat manusia yang  telah lama tinggal di kepulauan Asia tenggara. Masalah kedua ialah, selain orang Melayu proto dan Melayu deutero, terdapat manusia yang datang dari kumpulan manusia Melanesoid yang tidak sama dengan orang Melayu proto dan Melayu Deuteron. Contohnya ialah penduduk di Nicobar, orang Negrito di semenanjung dan Maluku serta Irian Jaya dan Melanesia. Masalah ketiga ialah terdapat kerencaman jenis bahasa di Kalimantan serta Pulau Irian. Keadaan ini membuktikan bahawa kedua-dua tempat ini menjadi kawasan dua jenis barang yang berlainan. Ini bermakna tempat ini adalah daerah induk bahasa yang berlainan dan masalah keempat ialah daripada bukti sejarah yang menunjukkan bahawa lama sebelum orang Melayu proto dan deutero wujud, telah ada petempatan manusia yang telah mantap. Bahkan, makhluk purba seperti manusia telah wujud dalam alam Melayu sejak ratusan ribu tahun.

BAHASA MELAYU BERASAL DARI KAWASAN NUSANTARA
Berdasarkan hipotesisi ini, orang Melayu dikatakan tidak berasal dari luar, tetapi mereka dikatakan manusia asal yang memang wujud di Nusantara. Homo eretus ialah jenis makhluk yang yang telah lama wujud di Asia Tenggara. Makhluk ini jauh kebih tua daripada peking man (china man) yang ditemui di china. Homo eretus dikenali sebagai java man yang berumur lebih daripada 1,400,000 tahun. Bahkan ada juga tulang rangkanya yang berumur 1,900,000 tahun yang ditemukan di pulau jawa. Manusia jawa ini terdiri daripada beberapa jenis seperti meganthropus palaeojavanicus, pithecanthropus Robustus, pithecanthropus Erectus , homo soloensis, homo wajakensis dan lain-lain. Tinggalan-tinggalan daripada mereka ini ditemui di pelbagai tempat terutamanya di jawa tengah dan jawa timur seperti di kedungbrubus, Trinil, Tarigi, Gombong dan Sangira. (C.AA Mees, 1967;Widjiono Wasis, 1991). Makhluk-makhluk purba bukan sahaja ditemui di pulau jawa malah ditemui di soppeng, sulawesi selatan, yang berumur kira-kira 100 000 tahun; gua niah di Sarawak berumur kira-kira 40 000, di Sabah terdapat homo sapiens, kira-kira 40 000 – 30 000 S.M; manusia perak  yang berumur 35 000 dan banyak lagi.
Manusia purba inilah yang kemudiannya menurunkan manusia lain yang ada di Asia tenggara seperti Australoid, Melanesoid, Austro-Melanesoid dan lain-lain. Kemudian terdapat juga bangsa manusia dari kelompok Palaeo-Mangoloid dan seterusnya Mangoloid. Akhirnya, daripada titisan keturunan mereka ini lahirlah manusia yang dikenali sebagai the Malay Stock atau Rumpun Melayu yang mendiami daerah yang sangat luas, iaitu dari madagaskar hingga ke Irian jaya bahkan sampai ke timur  hingga ke polinesia. Rumpun bahasa ini juga yang memiliki keluarga bahasa yang terkenal dengan nama Melayu-polinesia atau Austronesia, yang tersebar luas di separuh bahagian dunia. Daripada bahasa induk Melayu-Polinesia ini lahirlah pelbagai bahasa seperti jawa , bali, sunda, bugis, madura, aceh, batak dan juga termasuk bahasa melayu yang menjadi lingua franca di asia tenggara dari sri lanka sampai ke pantai utara Australia dan dari Champa hingga ke bali selama beberapa abad.
Pada zaman pertumbuhan kebudayaan di asia tenggara kawasan daratannya masih luas kerana pada masa itu, pelantar sunda (sunda shelf) masih belum terendam lagi.  Ini bermakna Tanah Semenanjung, Sumatera, Kalimantan dan Jawa masih bercantum manjadi sebuah daerah daratan yang luas dan dikenali sebagai tanah sunda (sundaland) (H.D Tjia, 1991). Di sinilah tercanainya kebudayaan Asia Tenggara dan menjadi asas bagi rumpun bahasa Melayu-polinesia terutama Melayu. Namun apabila berlaku kenaikan paras permukaan air laut., pelantar sunda mula ditenggelami air, sehingga kempat-empat daerah tadi terpisah menjadi pulau dan tanah semenanjung. Perkara ini disebabkan oleh air beku di kutub utara dan selatan cair disebabkan cuaca yang bertambah panas. Peristiwa ini berlaku pada 18 000 – 17 000 tahun dahulu, kemudian 14 000 tahun dahulu, selepas itu pada 12 500 tahun dahulu dan seterusnya pada 8000 tahun dahulu (Gatra, 9 julai 2005). Oleh sebab itu, daerah induk atau kawasan inti bahasa Melayu sekarang ini terletak di suatu kawasan yang sempit, iaitu di pesisir  timur pulau sumatera, tanah semenanjung, kepulauan riau dan sekitarnya dan pesisir pantai Kalimantan. Di tempat inilah sekarang ini terdapat penutur asli bahasa Melayu atau the native speakers of the malays language


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

EXAM dah HABIS...YEAAaahhhh~~~

Friday, May 27, 2011


~~~FREE ~~~


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

selamat hari guru

Monday, May 16, 2011

Selamat menyambut hari GURU ^^

TERIMA KASIH CIKGU....................

Melalui pendidikanlah kemajuan sesebuah tamadun itu tercapai...
(PENDIDIKAN = yang mulia)
bersesuaian dengan tema hari guru tahun ini "GURU penjana TRANSFORMASI negara"

Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

(EPISOD PENGENALAN) Tajuk 1: Kenapa SEKARANG??

Saturday, May 7, 2011

Assalammualaikum...

Okeylah... janjiku tertunda 3 hari...betul ke perkiraan aku tu? Kompius sebentar… kpd yg ada menanti pengumumanku itu TERlaksana, aku minta maaf kerana tidak berkesempatan mengarang ceritaku ini.. (seperti mengarang CERPEN pula nih..OKEY! baiklah... aku tengah ubah angin dari SELATAN ke UTARA dan dari BARAT ke TIMUR…kerana mud ku tak berapa nak baik hari ini menyebabkan aku terasa RAJIN ingin menaip- mungkin kerana mata tak mengantuk!..mungkin!..)

Kenapa aku mengarang Episod PENGENALAN pada waktu & ketika INI?
Sepatutnya aku salah tarikh nih! Aku patut perkenalkan blog aku ne pada awal2 lagi kemasukanku dalam dunia bloggggeeeer ne (sedikit bergegarku menyebutnya_mungkin akibat terkena kejutan elektrik semasa aku ON suis sebentar tadi..-sakit tau-).
& pada PENDAPAT aku la… post yang pertama sebenarnya lebih sesuai utk TAJUK ini..itu pandangan akulah. Tak tau korang pulak cmna kan..???

Kenapa & APA sebabnya? Mungkin sebab aku malas kot nak post2, @ aku malu2 kot nak bagitau @ aku ni banyak sgt kerja nak buat (ye kee?).. Okey…mungkin itu antara sebab MUSABABnya..ummm….. mungkin ada yang X pecaya??? …. okey aku paham maksud fikiran kalian itu...

X pecaya la tuu…..OKEYlah..aku bagitau perkara sebenar je....camni cetanya…….
Alkisah….Selepas sahaja aku berjaya mendaftarkan diri dalam bidang kerjaya INI (BLOGGER),  aku berjaya membentuk satu imej baru dalam diriku iaitu PENDIRIANku…aku ingin menjadi blogger yang berjaya & berazam untuk menyebarkan ILMU2 yg ada pada diriku utk INSAN2 yang ingin menimba ilmu & ingin kenal ERTI kehidupan sebenar..(itu angan2ku merangkap/@ AZAMku laa)…. INI adalah salah satu KEJAYAAN yang dapat aku capai sejurus selepas mendaftarkan DIRI…
tapi sebenarnya aku kurang BERJAYA!!!..@hampir tidak berjaya dalam mewujudkan satu Fenomena seperti yang aku rancangkan…
Follower= 0 ………………..OK!
Post= 0………………………OK!
newPOST= 1………….Comment= 0………….OK!..

OKEY!..aku masih boleh menerima kenyataan TERSEBUT..tapi hampir putus asa...(mode SEDIH la pula)

AKU: “Eh..jomlah FOLLOW  Blog saya”
KAWAN2: “apa BLOG ko….?”  
KAWAN2:  “Okey..Later aa..”

Follower = 1………..OK!
Yang lain mana????
KAWAN 001: “sa malu bah… BLOG sa teda apa2 nie…nanti la saya kasi bagus2 dulu aa”
KAWAN 002: “malu sa sendiri oo mo post di BLOG..ish..hahaha”………….
KAWAN 003: "sa teda BLOG"
KAWAN 004: "nda pandai sa beBLOG2  ni"

Disember 2010:  Follower= 3………………OK!
Mac 2011: Follower: 3……………………… X OK!.. sangat X ok - nampak sangat xda yang MINAT nak jenguk!

Aku rasa seperti aku tidak BERkelayakan utk menulis BLOG.. aku TIDAK ada  BAKAT utk menulis BLOG,..Hinggakan aku menulis cerita dalam hatiku sendiri...Sabo jela……..

Cerita yang kutulis bukan yang lain ITU tidak lain & tidak bukan “PUTUS ASA” 
(Sebenarnya aku tak berusaha ke?!...Aku dah berusaha bersungguh2 la..serious..BETUL!... eleh...yela tuu..Nampak sangat menipu_ petikan filem hantu Mak Limah balik rumah. Persoalannya di SINI ialah: kenapa dalam banyak2 nama, nama MAK LIMAH jugak digunapakai..kenapa tak MAK BESAH, MAK BEDAH @ MAK JOYAH... lagi femes kan..
OK! sedikit keluar tajuk…utk renungan bersama sahaja.

& Korang rasa jika@ kalau tetiba aku buatlah kan episod Pengenalan  masa tu..Korang  rasa aku ne sepsis  spesis yang pelik x? bercakap sorang2…bla..blah..blahh.... dot..dot…dott....




GIVE UPGIVE UP……GIVE UP !!!…..menyepi dan terus menyepi……
(Sila tolong jangan salah sangka@salah faham, BLOG aku laa yg dimaksudkan menyepi, bukan ORANGnya tau..)



Ok! dipendekkan cerita, Diawal cerita, SEBELUM cerita di ATAS aku sebenarnya mula nak berperasaan nak ada blog ne bila ea...aku ingat2 lupa dah...tapi rasanya slh satu dr KENYATAAN di bwh ne kot... :
a)      bila aku sedar bahawa aku xda buku diari..
b)      lepas ja aku baca blog orang yg banyak informasi bila cari maklumat assignment..
c)       lepas tengok cerita blogger boy kat 8tv.
d)      Bila aku mula mempunyai kesedaran dlm diri bahawa aku dah boring kat FB…
e)      Saja je nak cari perhentian baru.


Korang rasa mana satu jawapannya??
(Arahan:  Sila bulatkan jawapan yg betul ye dengan cara TERsendiri...)

Berbalik kepada perkara yang awal-awal tadi CERITA ASAL.. (cerita yg di ATAS soalan tadi tue)
SOoo....camna aku boleh survive DALAM belenggu GIVE UP nie????? ..............







………………..….nanti aku sambung cerita la yee.. rasa Mengantuk pulak!


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

PENGUMUMAN PENTING !!!..

Tuesday, May 3, 2011


Arini @ esok la kot..aku nak buat satu KENYATAAN Separa Rasmi ! bukan calang2 dapat didengar ni...
--------------------> Sila ambil tahu..(penuh sopan santun ne)... 


Kenyataan yg aku maksudkan sebenarnya X lah PENTING sangat utk korang, tapi rasanya terAMATlah  BERkepentingan buat aku.. bukan apa, aku saja nak bagitau kenyataan MUSTAHAK & PENTING ni kat semua apa sebenarnya yg aku buat sekarang NI.. Okey....mungkin bunyinya masih belum penting buat ANDA... takpa, mungkin ITU persepsi awal KOrang...tapi sebenarnya TAK penting pun.. So, kesimpulannya aku ambil jalan MUDAH lagi SELAMAT  la kan.. sapa yang nak baca, sila la sudi2kan DIRI yee, nak JEMPUT sorang2 rasa MALU la pulak.. jadi pandai2 KOranglah MENjemput diri sendiri.  ^^, ....Psst..kalau nak tahu..Eh! Aku bagitau je..
Tajuk kenyataan NI:
                                   EPISOD: .."PENGENALAN"...  (taklah MENARIK sgt pun)

Untuk pengetahuan semua: Ayat bagi KENYATAAN ini sebenarnya ialah Ayat Penyata !
P/S: Sila buat Rujukan jika tidak Percaya #


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

miss mySELF... T_T

  

Saya rindu mo jadi macam dulu....
hidup ada warna warni mcm PELANGI... Sa suka colourful.. Sa nda mo jadi hitam putih macam 
filem P. Ramlee, 
Sa nda suka TEDA warna merah,warna pink, warna hijau, warna biru, warna Oren, warna kuning.. Sa nda suka  mcm TUuu ------->
sa mo keluar dari ITU warna.. Jangan taru saya dalam tu BAH !..


Sa BORING, saya BENCI, Sa rasa SUNYI, Sa rasa SURAM...
Sa mo mcm NI *******>Sa mo yang ada WARNA
Barulah bangun pagi rasa manis mcm makan GULA, suka hati ja mo senyum2, 
bukan paksa2 ja cam mo makan UBAT...rasa PAHIT tuh....








                                                                                                    sa tidak mau ini....sa benci begini ini... 
sa nda suka ini...sa nda sukaa...!!!                                                                                                                                                                                                                              TUNJUK, AJAR sa camna mo buang ITU rasa yang tida bagus...        PALIS2 jauh2..                                nda suka betul ITU rasa bertakhta di 
 HATI....mo buang jauh2......!!!!!!                 



Sa rasa sa perlukan "DIA" sekarang ini.. TOLONG ada.... '' please #


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

BETUL !!!

Monday, May 2, 2011


betul atau tidak..ya atau bukan. !
sekarang atau bila...entah! mungkin...


Saya rindu DIA...
bukan dia........
BETUL..!!!



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

WE really NEED a CHANGE...?

Perubahan...@ Penghijrahan.....
kepada yang lebih baik sememangnya dituntut dalam ISLAM,
lebih2 lagi "ia" menyentuh soal HATI & PERASAAN...
tapi bagaimana kita dapat KETAHUI perubahan itu menjadi lebih baik @ sebaliknya?
tanya DIRI, lihat HASILNYA...

aku berkata:
" DIRIku yang kini baru ingin berubah terpaksa kutahan, niatku ITU harus dihapuskan...
AKU ingin..bukan....AKU akan kembali seperti DULU.. seperti diriKU yang sebelum ini! titik.!"
aku bukan tidak ingin berubah, tapi aku rasakan perubahan ITU tiada bermakna...
aku akan TERUS berpegang kepada PRINSIP hidupku
"BIAR aku SUSAH asal jangan aku MENYUSAHKAN"

Aku harap keputusan INI adalah yang TERbaik buat diriKU dan DIA....
.....INSYAALLAH....
Ya Allah ku mohon petunjukMU..



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Kusangka panas --> ke petang,Rupanya hujan di tengah hari

Sunday, May 1, 2011

Memang betul! tiada siapa boleh menafi,
kita manusia biasa, yang hanya mampu merancang,
tapi segalanya ditentukan ALLAH swt...
kadang2 diri terfikir, jika keadaan hujan selalu,
Mengapa masih perlu membasuh baju..?
Adakah pakaian itu satu keperluan asas? seperti airkah "ia"?
Jika tidak diganti seminggu akan matikah kita menghadap Ilahi?
Hujan itu rahmat, namun masalah itu nikmat?
@rahmat disebaliknya?
Jika badai selalu bertandang.. adakah itu satu hikmah?
Adakah itu cuma cabaran..
@ mungkinkah satu petanda? Petunjuk bahwa kita TIDAK harus bersama...
jika dibilang dengan hari, jika diluah dengan kata-kata, jika dicoret dalam karangan, jika dibayang dalam fikiran, berapa kali kerapnya berlaku?
Adakah AKU benar mengatakan ITU? @ hanya bayangan LALU?
Adakah aku benar mengungkapkan ITU? @ hanya kerana TERbiasa...
Soalan sendiri masih TANDA SOAL, Hati belum bersedia menjawab 
@ Hati takut untuk berkata-kata... mungkin takut jawapan itu salah, @takut mengaku yang NYATA...
Hati masih mahu mencari..menCARI dimana sebenarnya LETAK "dia"...

ALLAH jadikan matahari untuk memberi nyama kepada semua KEHIDUPAN...
ALLAH menurunkan HUJAN untuk kesenangan, untuk kenikmatan buat HIDUPAN....
Mungkin Hujan itu sebagai jalan penyambung, mungkin jika hanya ada mentari, aku tak mengenal "DUNIA" sebenar... tak mengenal "PENCIPTA" illahi....
"sediakan payung sebelum hujan" .....seringkali AKU sediakan payung selepas hujan.. untuk apa? untuk persediaan jika hujan lagi... Tapi aku sering membuat andaian, KENAPA? andaian itu bagus..baik untuk kita berhati2...kalau ramalan SALAH? rugi tenaga, rugi masa, rugi wang ringgit membeli payung...
kalau BETUL? itu satu kredit buatku.....



tapi aku terus berFIKIR... Jika ramalanku sentiasa BETUL,

 bagaimana harus KUtahu rasa kulit Disentuh hujan?
 bagaimana kuTAHU air rahmat itu rasanya sejuk dan dingin? 


Takkan SYAITAN duduk diam... DIA punya banyak RENCANA.....aku pula mengapa cepat benar TERPEDAYA.... Ya ALLAH.....DugaanMU itu untuk kebaikanku....
Jika aku tak kenal susah, Jika aku tak kenal MASALAH, Jika aku tak KENAL derita... Aku pasti tak ingat padaMU...aku cuma jadi kerbau yang ditarik "DURJANA" itu...

Hujan....Payung...Mentari.....RahmatMU sering aku abaikan....



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Saja nak ucap awal sket..------>01 (16)-MEI-2011 ^^

Sempena bermulanya bulan Mei ni, aku nak menjadi orang yang PERTAMA sekali mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang bergelar GURU tak kirala guru apa pun yang PENTING individu TERSEBUT mengajar ilmu yang baik2 jee tau kat individu lain...
Ehhhh................Lupa, termasukla guru-guru pelatih yang bakal menjadi guru kelak jugak ye (AKU salah seorang jugaklah tuu...(Aku: TERIMA KASIH atas ucapan tersebut. Terharunya. hihi)..So lirik lagu *TERIMA KASIH CIKGU* ni ingin kutujukan buat anda semua......

Sukanyee LAGU nie.....
(Aku memang suka Colourful <----ada kaitan ke? X berkaitan langsung...Emm)



TERIMA KASIH CIKGU

Hari pertama masuk sekolah,
Tak pandai membaca mengira,
Tetapi cikgu begitu tabah,
Mengajar kami sungguh2....


Bermula ABC sampai Z,
Hitung
satu sampai sepuluh,
Baru ejaan dan kira2,
Kami belajar dengan lancar....


Berkat kesabaran,
Guru bijaksana,
Memberi pelbagai petunjuk,
Hari demi hari,
Kami pun mengerti,
Pelajaran nilai nya tinggi...
.

Kami ingat setiap masa,
Jasa guru pendidik bangsa,
Sambutlah ini ucapan kami,

TERIMA KASIH CIKGU.......


Buat guru-guru yang telah mengajarku hingga aku menjadi DIRIku di saat ni..dan buat GURU di rumah (Ibu & Ayah: Andalah guru TERBAIK yang pernah aku miliki).. Terima kasih semua kerana membentuk aku seperti INI.  !...


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

Benar jawapan ada di hati?

Wednesday, April 27, 2011


Kalau benar yang berbicara itu hati,
Kenapa masih rasa kaku dan mati,
Kalau benar cinta itu sakti,
Kenapa masih ada rasa sakit di hati
Kalau benar cerita itu bukti,
Kenapa masih ada rasa sangsi,
Kalau benar diri sendiri saksi,
Kenapa masih perlu masa menanti.


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

PANDUAN MENULIS CERPEN

Sunday, April 10, 2011


Aritu, aku teringin sangat nak tau camna nak tulis cerpen yg terBAEk punya...so aku GOOGLE la cari..cari punya cari dapatla satu blog ne...mmg ditulis panduan menulis cerpen..pastu bila dah baca, aku dapati bahawa menulis cerpen ne sebenarnya memerlukan bakat semulajadi si penulis TERSEBUT... SO kat bawah ne adalah beberapa TIPS nak jadi penulis cerpen (yang kalo korg rasa korg berbakat= YANG CEMERLANG, kalau korg rasa baru nak berjinak-jinak mencuba bidang penulisan= YG BARU NAK BELAJAR). tapi aku terfikir sesuatu..aku ne jenis yg baru nak belajar @ sebenarnya malas nak belajar! aku sendiri taktau...nanti aku cuba cari jawapan bg soalan TERSEBUT. sb sekarng ne aku cuma nak FOKUS cmna sebenarnya cara nak ckp rasa bersalah aku kat BLOG yg aku telah TERambil artikelnya ini..lgpun aku TERlupa mana satu blog TERSEBUT..apa2 pun..halalkan jela yee...hihi.. Utk pengetahuan UMUM..ARTIKEL ni aku tak curi..aku pinjam je utk bagi ilmu kat org lain..maaf yee..jangan salah sangka...tak baik tau...


Genre/bidang cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka, merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan puisi.
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu.   Bagaimanapun dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai nilai estatika.

Dengan ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.
Panjangnya cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau sehabis menghisap sebatang rokok.


Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
Yang pertamaIntelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut.   Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
Yang keduaPancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
Yang ketigaPeristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.

Yang keempatSesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.

Bentuk cerpen
Pertama
mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.
Kedua
cerpen beralasan  iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.
Ketiga
cerpen mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya, perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.
Teknik penceritaan cerpen 
boleh dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu cerpen.  

Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)
1.  Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2.  Ada adengan, watak, gerak.
3.  Bahasa tajam dan menarik
4.  Interpertasi pengarang kepada kehidupan
5.  Dapat menimbulkan satu kesan
6.  Menarik perasaan pembaca
7.  Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih
8.  Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana

SIFAT-SIFAT  PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif? 
Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  


Yang penting penulis :
  1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya. 
  2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
  3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
  4. mestilah ada sikap yang teliti.
  5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
  6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
  7. mestilah berani menghadapi cabaran.  Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis? 
Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca
Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Rajin menulis


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Andai diri sudah berkenan, sudi-sudilah berkirim salam.

My photo
Keningau, Sabah, Malaysia
Andai diri sudah berpunya, takkan yang lain mahu dicari. Andai diri belum ditanya, takkan nama hendak diberi...








Shhhh.....jangan lupa
singgah lagi yee...^^