......................Luahan Hati miss Liana Buat Semua....................

Aku X tahu berkata Pujangga,
Aku tak pandai menulis Puisi,
Aku hanya ingin meluah Rasa,
Agar hilang resah di Hati…




Andai diri punya banyak kelebihan
Akan kutunai semua keinginan
Andai hati punya banyak kenangan
Akan kupahat agar semua rapi tersimpan .

kami@TJ.A

kami@TJ.A



ceritaku mengejar mimpi menonton Laskar Pelangi

Sunday, January 23, 2011

Laskar Pelangi mengejar mimpi

sebenarnya filem ne da lama da..taun 2008 lagi, tp 2la..yg aku ne pun lambat sgt tertengo.. aku mula tgo pn dalam pertengahan 2010..biasala, xberapa mgkuti sgt perkmbgn semasa filem2 jiran2 kita ne la katakan..
dipendekkan cerita filem ne mmg gempak gila la...aku pn xsangka aku sangup tgo flm ne... yelah, pertama skli tgo bru stngah ceta aku da terlentok tdo..sepatah pn aku xpaham knp boleh jd perasaanku seboring itu. tp aku rasa mgkin sb aku sbnrnya xtgo pn ceta tu..aku dok dgr ja krna jari jemariku sibuk menekan punat2 membalas, mengomen dan  bergelak2kan dengan skrin laptop yg terpampang perkataan "facebook".. 
kali keduanya pula, aku ne knon2nya nk sambung tgo ceta 2.. wlupun aku xtau dimana aku tamat semalam aku teruskan saja ke tengah cerita....chee... sampai menguap2 aku dibuatnya...sekali lagi aku berkelakuan ganjil seperti semalam...mendengar tanpa melihat filem ini sambil bermuka buku..kot2 aku ne rajin sgt kot menaip..hoho..
yg lebih menghairankan aku ialah kali ne pun aku tertidur jugak! dah xda kwn nk berchat kt FB...bosan..tidurr..


kali ketiga...  aku xtau kenapa aku masih ada hati nk tgo cerita ni..kali ne aku bertekad nk tgo sampai habis.. hatiku berazam, walau apapun terjadi aku akan teruskan perjuangan tersebut. kali ne aku bertekad n benar2 berharap dapat tgo sampai habis.. 

Dengan langkah cermat dan berhati2 aku mengambil cawan, menuangkan peket nescafe 3 in 1 dan menuang air yg xla berapa nk panas.. tp aku xpduli...aku teruskan meneguk..sekali 2 teguk habis...padahal filem baru nk mula..apala aku ne..

& kali ini baru aku dapat hayati, (mungkin disebabkan tegukan air nescafe td..^^) ayat permulaanya aku hayati betul2..ayat pertama yg terlintas dlm fikiranku ialah "cantiknya gambar dlm movie ne" ..ummmm...
Lintang: "aku Lintang, dari Tanjung Kelumpang bu, aku nak sekolah" sebak dadaku mendengar perkataan ini..
seraya jariku menekan pause.."tingginya azam budak ne"
aku ne dikatakan cepat tersentuh mungkin la kot..tp aku ne tabah juga sebenarnya..hihi..
aku terus menonton...menonton..dan menonton..
rasa teruja, rasa terkilan, rasa gelisah, rasa marah, rasa bangga dan semua rasa aku rasa aku miliki ketika itu...
Apabila tibanya part SD Muhammadiyah meraih kejayaan, aku turut sama merasakannya...heppie betol rasa..hihi
Segalanya berubah saat Lintang mengayuh basikal tuanya dengan perasaan bangga dan gembira membawa sijil kemenangan yg aku jangka sudah pasti ingin ditunjukkan pd ayahnya..mungkin dlm fikirannya sudah terbayang masa hadapan yg cerah..SubahanAllah..teringat aku dizaman sekolah rendah di hari pertama persekolahanku apabila mendapat A daripada cikgu..dari jln raya lg aku dah buka beg dan menunjukkan buku latihan kepada keluargaku...hihi...

"bang, ayah belum balik"
air mataku serentak keluar ketika ayat2 tersebut diungkap oleh adik Lintang...sebak aku dengan ungkapan itu, bukan kerana kesugulan dan kecomotan org yg berkata ttpi kerana jalan cerita selanjutnya telah kubaca....
ku pause sekali lagi memberi peluang kepada jemari dan lenganku mengelap air mata...
semakin kerap mengelap  saat Lintang meninggalkan sekolah dengan tabah...bukan part ini saja yg menyentuh jiwaku..banyak lg..cuma inilah kisah inilah yg paling melekat dlm jiwaku..
keputusan Lintang mmg berani, mmg itulah yg terbaik...huhuhu

setelah habis kutonton cerita ini, aku tersenyum tetapi hatiku masih menangis...air mataku masih ingin keluar..
inilah takdir Illahi...
aku banyak berfikir setelah itu, aku  bertanya pada diriku siapa aku sebenarnya..
sehingga ke hari ini, aku xpasti berapa banyak kali kutonton cerita ini..
yg pastinya lebih dari 10 kali..xpernah bosan mendengar setiap baris kata2 ungkapan pelakon2 cerita ini.. semua kata2 begitu bermakna..
tahniah buat pengarah, pelakon dan yg terpenting sekali tahniah kepada penulis yang dapat menyampaikan mesej yg begitu bermakna pada pandanganku..
kepada bakal2 guru di luar sana.. tontonla cerita ini, hayatilah mesej sebenar...
bagaimana pendidikan begitu tinggi nilainya...





“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya” (Pak Harfan, Laskar Pelangi)


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Andai diri sudah berkenan, sudi-sudilah berkirim salam.

My photo
Keningau, Sabah, Malaysia
Andai diri sudah berpunya, takkan yang lain mahu dicari. Andai diri belum ditanya, takkan nama hendak diberi...








Shhhh.....jangan lupa
singgah lagi yee...^^